BUBUR ASYURA D'PULAPEN CORNER

29 Oktober 2015 ( Khamis ) bersamaan 16 Muharram 1437H, telah diadakan satu gotong-royong menyediakan bubur asyura oleh pegawai serta kakitangan PULAPEN Perak yang bertempat di perkarangan Rumah Mayang Sari serta turut dihadiri oleh Y.S PKP Nik Robidin Bin AB Rahman, Komandan PULAPEN Perak.

Gotong-royong yang bermula pada jam 8.00 pagi melibatkan pegawai kanan, barisan jurulatih serta ahli PERSIAP PULAPEN Perak. Terbahagi kepada 2 kumpulan, bubur asyura pada kali ini dimasak dalam 2 versi iaitu utara dan pantai timur. Kerjasama yang jitu antara kakitangan yang hadir menjadikan aktiviti gotong-royong pada kali ini antara aktiviti yang berjaya mencapai objektif.