TENPIN BOLING BERPASUKAN

13 November 2015 ( Jumaat ) Bertempat di Ole-Ole Superbowl Mydin Meru, Ipoh telah diadakan pertandingan tenpin boling berpasukan yang melibatkan pegawai kanan, kakitangan PULAPEN Perak serta ahli PERSIAP PULAPEN Perak. Pertandingan pada kali ini terbahagi kepada 3 kateori iaitu berkumpulan lelaki, berkumpulan wanita serta individu remaja.

Y.S PKP Nik Robidin Bin AB Rahman, Komandan PULAPEN Perak berbesar hati untuk membuka tirai pertandingan pada malam tersebut dengan memulakan balingan. Penyertaan di kalangan kakitangan serta ahli PERSIAP amat menggalakkan disamping dapat mengeratkan silatulrahim di kalangan kakitangan serta keluarga. Hadiah menarik ditawarkan kepada juara dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.S Komandan.