MAJLIS ILMU SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT INSTITUSI

24 Disember 2015, Khamis – Bermula seawal jam 7.00 malam, Y.Setia PKP Nik Robidin Bin AB Rahman, Komandan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping, bersama pegawai kanan serta jurulatih telah berada di perkarangan Surau Al-Ulumiah untuk bersama-sama peserta-peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 3/2015 solat Maghrib berjemaah, seterusnya makan malam dan solat Isya’

Seterusnya aturcara di Auditorium Ilmu di mulakan dengan selawat beramai-ramai ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh peserta kursus. Ceramah pada malam tersebut telah disampaikan oleh AL-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin Hj Ahmad,Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Penjara Seberang Perai.