MS ISO 9001 : 2015

Dalam Talian

0001227255
Today
This Week
This Month
Last Month
All days
83
2187
10863
14490
1227255

Forecast Today
1008

Online (5 minutes ago):3

Your IP:34.207.78.157

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 2/2017

17 Oktober 2017 (Selasa), Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2017 telah berlansung dengan jayanya bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak melibatkan seramai 145 orang peserta kursus yang berjaya menamatkan latihan selama 15 minggu dan mengikuti modul-modul latihan yang telah dirancang.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Mustafa Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri hadir bersama isteri YBhg. Datin Sri Noriza Binti Mohd Noor,. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar(Ketua Pengarah Penjara Malaysia) bersama isteri YBhg. Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man, Pn. Rafidah Binti Datu Derin (Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela KDN), TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid (Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme), Ybhg. TKP Dato' Narander Singh a/l Chand Singh ( Pengarah Maktab Penjara Malaysia ), Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Utara, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara serta Badan-Badan Kerajaan Daerah Larut Matang dan Selama.

Semua jemputan yang hadir turut dipertontonkan dengan ketangkasan peserta kursus melalui persembahan Seni Tangkas Penjara, dan Kawad Tattoo dibawah pimpinan Barisan Pegawai kanan serta jurulatih. Penyampaian Anugerah kecemerlangan latihan turut disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Mustafa Bin Ibrahim kepada penerima seperti berikut :

 

Pelatih Terbaik Keseluruhan  :  WP 23637 Muhammad Hanis Bin Hashim ( Penjara Bentong )

Pelatih Terbaik Akademik  :  WP 23615 Mohamad Syahmi Bin Kandar ( Penjara Penor )

Pelatih Terbaik Menembak  :  WP 23368 Muhamad Adib Bin Mohamad Napi ( Penjara Sg. Buloh )

Pelatih Terbaik Latihan Luar  :  WP 2351 Mohd Rahimi Bin Rahmad ( Penjara Bentong )

 

 

 

Alamat Kami

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, 
Jalan Muzafar Shah, 34000,
Taiping, Perak 
Tel: 05 8050020, 05 8082182
Fax : 05 8064909
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Carian