BENGKEL KEJURULATIHAN SIRI 1/2017

2 November 2017, Bengkel Kejurulatihan Siri 1/2017 telah diadakan di Institusi ini melibatkan Pegawai latihan / Jurulatih institusi Penjara Negeri Perak iaitu Penjara Tapah, Penjara Taiping, PPA Batu Gajah dan Pusat Koreksional Kamunting. Kursus ini hanya dilaksanakan selama sehari tetapi padat dengan perbincangan tentang keperluan serta peluang penambahbaikan untuk memantapkan lagi unit latihan institusi serta pusat latihan ini sendiri.

Kursus yang dijalankan ini dibawah seliaan PP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh ( Timbalan Komandan Pengurusan ) yang turut turun padang dan berkongsi tentang ' Keperluan merancang dalam menguruskan sesuatu latihan '. Turut dibincangkan adalah arahan-arahan semasa kawad agar setiap unit latihan institusi dapat menggunakan arahan kawad yang betul. Selain Kawad, turut diselitkan adalah perbincangan bagi latihan Senjatapi dan Seni Tangkas Penjara ( SENTAP ).