SEMINAR MS ISO 9001:2015

30 Januari 2018 - Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan institusi penjara Negeri Perak dan pusat latihan telah menghadiri Seminar MS ISO 9001:2015 yang diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang hadir tentang perubahan-perubahan klausa yang berlaku did alam standard MS ISO, disamping mendefinisikan perubahan mengikut klausa serta mengenalpasti keperluan tempoh peralihan sijil ISO. Peserta seminar juga diberi pendedahan mengenai bagaimana untuk merancang keperluan dan bersedia dengan pelan tindakan untuk perlaksanaan serta pematuhan kepada Sistem Pengurusan Kualiti yang dilakukan.

Penceramah jemputan yang menyampaikan input kepada peserta-peserta seminar tersebut adalah Dr. Khairusany Bin Mohamad Yusof dan En. Abdul Aziz Bin Yusof dari Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara ( INTURA ).