KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENGUNSIAN BANGUNAN

24 November 2017 (Jumaat), Dengan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Taiping, Kursus ini dijalankan bagi memberi pengetahuan berkenaan aspek keselamatan kebakaran dalam bangunan terutama di tempat kerja memandangkan institusi ini terlibat dalam melaksanakan kursus yang melibatkan peserta yang ramai. Kursus yang berlansung selama sehari ini melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan jurulatih serta kakitangan awam.

Dalam sesi pagi, peserta diterangkan mengenai definisi kebakaran dan kesedaran tentang kebakaran serta pengurusan keselamatan serta sistem arahan kemalangan. Selesai sesi pagi, peserta mengikuti latihan pengunsian bangunan dan penggunaan alat pemadam api. Sesi petang pula peserta mengikuti latihan Kawad H1 disamping mengenali dan memahami penggunaan peralatan-peralatan yang digunakan.