KURSUS PENYEGARAN KAWAD TONGKAT

26 Januari 2018 ( Jumaat ) - Kursus Penyegaran Kawad Tongkat telah diadakan di PLPP Perak selama 2 hari bermula pada 26 dan 29 Januari 2018 melibatkan seramai 25 orang pegawai kanan dan jurulatih. Objektif kursus ini diadakan adalah sebagai sesi penyegaran kepada pegawai dan kakitangan senior disamping memberi pendedahan kepada kakitangan yang baru bertukar ke institusi ini sebagai salah satu cabang ilmu kepada warga PLPP.

Sesi teori telah disampaikan oleh TPP Abdullah Bin Abd Kodir dan seterusnya oleh SP Zamri Bin Ibrahim. Sessi kedua, semua peserta kursus diberi pendedahan secara praktikal di padang kawad PLPP Perak. Turut diadakan adalah sesi pengujian bagi memantapkan lagi kefahaman serta keyakinan jurulatih yang terlatih yang terlibat.