SAMBUTAN HARI PENJARA KE 229 PERINGKAT INSTITUSI PENJARA NEGERI PERAK

17 April 2018 ( Selasa ) - Bertempat di Auditorium Ilmu, telah diadakan Sambutan Hari Penjara Kali ke-229 peringkat institusi penjara Negeri Perak yang turut melibatkan penerima-penerima dari institusi penjara Negeri Perak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak, TKP Tan Tian Heng.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dihadiri oleh 325 penerima pingat yang terdiri daripada 3 orang penerima Pingat Setia Penjara, 4 penerima Pingat Cemerlang Penjara, 3 penerima Pingat Pekerti penjara, 8 orang penerima Pingat Bakti Penjara, 2 penerima Riben Hijau serta 295 orang Peserta-peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2018 yang menerima Pingat Perkhidmatan Am.