MAJLIS LAMBAIAN KASIH 'SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA'

6 September 2019 ( Jumaat ) - Hotel Taiping Perdana, telah dipilih menjadi lokasi untuk warga PULAPEN Perak mengabadikan kenangan bersama Pegawai yang dirai iaitu PP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh, yang akan bertukar ke IPPM, serta kakitangan awam, Pn. Sharifah Zahanim Binti Syed Ali, yang bertukar ke Kolej Komuniti Sg Siput.

PKP Azhari Zaman, Komandan PULAPEN Perak, serta Isteri, Pn. Sarizah Binti Dahaman, Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak, turut hadir menyerikan majlis, Majlis yang bermula pada jam 4.00 petang, turut melibatkan seluruh warga kerja PULAPEN Perak serta keluarga. Kami warga kerja PULAPEN Perak mendoakan agar PP Mohd Hamdhan Mat Noh serta Pn. Sharifah Zahanim Syed Ali lebih cemerlang dan maju jaya di tempat yang baru.