JALAN LASAK KG DEW - BUKIT MERAH (11 KM)

13 Oktober 2019, Menggunakan laluan Kg Dew - Bukit Merah dengan jarak perjalanan sejauh lebih kurang 11 Km, seramai 284 peserta KSAPP Siri 2/2019 bersama pegawai serta jurulatih telah menjayakan Program Jalan Lasak yang telah dirancang.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi di tempat pelepasan, turut dihadiri oleh PKP Azhari Bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak. Peserta turut diberikan task untuk diselesaikan sepanjang perjalanan dan jawapan kepada setiap task akan diperiksa oleh jurulatih yang bertugas di akhir sesi jalan lasak.

Wakil PULAPEN Perak TPP Abdullah Bin Abd Kodir, Timbalan Komandan Pengurusan, turut menyerahkan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan Bukit Merah Lake Town Resort di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program yang dirancang.