SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT INSTITUSI PULAPEN PERAK

7 November 2019 (Khamis), - Bertempat di Auditorium Ilmu PULAPEN Perak, telah diadakan satu majlis sempena sambutan Maulidul Rasul Peringkat Institusi PULAPEN Perak.

Ceramah yang bertajuk "Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) dalam Konteks Kerjaya Sebagai Seorang Pegawai Penjara" telah disampai oleh Ustaz Mohd Ansurullah bin Mohd Hashim, dari Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM.

Program yang diadakan ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan PULAPEN Perak, PERSIAP, serta peserta-peserta KSAPP Siri 2/2019.