MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KSAPP SIRI 2/2019

27 November 2019 - Majlis Perbarisan Tamat Latihan KSAPP Siri 2/2019 telah berakhir dengan jayanya dan pegawai yang mengambil tabik hormat adalah KP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak.

Perbarisan pada kali ini melibatkan seramai (281) anggota lantikan baru yang telah melapor diri untuk menjalani latihan di intitusi ini bermula 3 September 2019 yang lalu.

KP Tan Tian Heng turut menyampaikan piala pusingan kecemerlangan latihan kepada peserta-peserta terbaik kursus. Majlis turut dipersembahkan dengan persembahan dari Unit Pancaragam Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, Unit K9 Jabatan Penjara Malaysia, Kumpulan Kebudayaan Jabatan Penjara Malaysia, dan seterusnya persembahan Seni Tangkas Penjara oleh peserta-peserta kursus. Para tetamu turut dipertontonkan dengan keberanian peserta-peserta kursus dalam melakukan lompatan gelung api serta "Fire Perfomance'.