HARI KELUARGA PULAPEN PERAK

22 Disember 2019 ( Ahad ) Bertemakan merah, Keluarga besar PULAPEN Perak telah memilih Bukit Merah Lake Town Resort  sebagai destinasi sambutan Hari Keluarga PULAPEN Perak bagi tahun 2019, yang juga merupakan aktiviti pennutup bagi tahun 2019.

Program yang dilaksanakan ini melibatkan seluruh warga kerja serta keluarga yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silatulrahim serta memupuk semangat bersatu hati tanpa mengira pangkat di kalangan anggota. PKP Azhari Bin Zaman turut hadir menyertai sambutan hari keluarga yang dianjurkan sebagai tanda sokongan kepada program yang dirancang.