PROGRAM LEMANG 'PKPB'

23 Mei 2020 ( Sabtu ) Walaupun dalam tempoh PKPB, namun bukan halangan bagi PULAPEN Perak untuk meneruskan aktiviti tahunan iaitu projek lemang raya.  Tiada kunjungan beramai-ramai di hari lebaran bukan alasan untuk kita tidak meraikannya.

Bertempat di Dewan Tun Perak, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, gotong royong kecil telah diadakan untuk menyediakan  150 batang lemang untuk diagihkan kepada kakitangan dan warga kerja PULAPEN Perak. PKP Azhari bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak turut serta turun padang bagi menyokong program yang dijalankan.

Bermula seawal jam 8.00 pagi , kerja-kerja menyiapkan lemang, rendang dan hidangan sampingan telah bermula. Penglibatan pegawai dan kakitangan dalam program kali ini sedikit sebanyak dapat membentuk semangat kerja berpasukan tanpa mengira pangkat di samping mewujudkan suasana kerja yang kondusif.