KURSUS TOT JURULATIH

14 Ogos 2020 ( Jumaat ) – Seramai 23 orang jurulatih-jurulatih dari pusat  latihan wilayah dan dari pusat latihan penjara telah berkampung di PULAPEN Perak bermula 10 hingga 14 Ogos 2020 bagi menghadiri Kursus TOT Jurulatih bagi institusi yang bakal menerima peserta-peserta bagi mengikuti Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2020.

Selama 5 hari berkampung di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, kesemua peserta kursus diberi pendedahan tentang bagaimana kaedah sesuai yang digunakan untuk menyampaikan input berkenaan modul latihan luar kepada peserta kursus asas yang melibatkan modul kawad kaki, modul SENTAP dan modul senjatapi. Turut dikongsikan kepada mereka adalah tentang keperluan dan persediaan sebelum mengajar serta penilaian ke atas pemahaman jurulatih  yang terlibat.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh PKP Azhari bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak, di Auditorium Ilmu, dan turut diadakan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.