HARI PENJARA KELI KE-230 PERINGKAT NEGERI PERAK

2 September 2020 ( Rabu ) – Bertempat di Auditorium Ilmu, telah diadakan sambutan Hari Penjara Peringkat Negeri Perak yang melibatkan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak, Pejabat Parol Daerah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting, PPA Batu Gajah dan Penjara Tapah.

Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu disempurnakan oleh TKP Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Negeri Perak. Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan telah tersenarai untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 26 orang penerima pangkat dan 25 orang menerima pingat sempena Sambutan Hari Penjara kali ke-230.