SUKAN KSAPP SIRI 1/2020

16 September 2020 ( Rabu ) - Cuti sempena Hari Malaysia digunakan sebaiknya dengan mengadakan Hari Sukan KSAPP Siri 1/2020. Sukan pada kali ini difokuskan pada acara Bola Tampar dan Sepakan Penalti sebagai Gimik pembukaan minggu sukan KSAPP Siri 1/2020.

Terdapat 10 pasukan yang mengambil bahagian, turut hadir memberi sokongan adalah PKP Azhari bin Zaman, Komandan PULAPEN Perak. Sebelum pertandingan berakhir, pemenang dari pasukan KSAPP berentap dengan pasukan PLPP yang terdiri dari pegawai dan jurulatih. Selesai acara sukan, semua kakitangtan yang hadir menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur.