Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider
Daftar Sekarang

COVID-19

   

MS ISO 9001 : 2015

Pautan

          

Pelawat

0001553739
Today
This Week
This Month
Last Month
All days
830
8162
6846
19577
1553739

Forecast Today
480

14.02%
12.32%
1.01%
1.47%
0.17%
71.01%
Online (10 minutes ago):5
5 guests
no members

Your IP:3.238.107.166

Berita Terbaru

JALAN LASAK KG DEW - BUKIT MERAH (11 KM)

  • Written by AdminPLPP

13 Oktober 2019, Menggunakan laluan Kg Dew - Bukit Merah dengan jarak perjalanan sejauh lebih kurang 11 Km, seramai 284 peserta KSAPP Siri 2/2019 bersama pegawai serta jurulatih telah menjayakan Program Jalan Lasak yang telah dirancang.

Read more...

MAJLIS LAMBAIAN KASIH 'SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA'

  • Written by AdminPLPP

6 September 2019 ( Jumaat ) - Hotel Taiping Perdana, telah dipilih menjadi lokasi untuk warga PULAPEN Perak mengabadikan kenangan bersama Pegawai yang dirai iaitu PP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh, yang akan bertukar ke IPPM, serta kakitangan awam, Pn. Sharifah Zahanim Binti Syed Ali, yang bertukar ke Kolej Komuniti Sg Siput.

Read more...

REHLAH KE TELUK SENANGIN

  • Written by AdminPLPP

7 April 2019 ( Ahad ) - Teluk Senangin, Lumut menjadi tempat pilihan keluarga besar PULAPEN Perak untuk program Rehlag ke Teluk Senangin / Pre-Family Day pada kali ini. Program yang disertai oleh pegawai kanan dan kakitangan serta keluarga ini turut diceriakan lagi dengan kehadiran PKP Azhari Bin Zaman serta isteri, Pn. Sarizah Binti Dahaman.

Read more...

MS ISO 9001:2015

  • Written by Admin

PENDAHULUAN

Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini disediakan berdasarkan keperluan MS ISO 9001:2015. Ia bertujuan untuk memastikan penyediaan dan penghasilan perkhidmatan kepada pelanggan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (selepas ini disebut PULAPEN) menepati Sistem Pengurusan Kualiti dan selaras dengan keperluan Standard MS ISO 9001:2015.

Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini mengandungi maklumat organisasi, dasar kualiti, objektif kualiti dan prinsip-prinsip asas Sistem Pengurusan Kualiti PULAPEN. Selain dari Panduan Sistem Pengurusan Kualiti, sistem pengurusan PULAPEN juga disokong dengan dokumen Prosedur Kualiti, Dokumen Sokongan serta Rekod Kualiti. Sistem Pengurusan Kualiti PULAPEN juga mematuhi arahan dari agensi-agensi pusat yang berkuat kuasa.

 

TUJUAN


Tujuan Panduan Sistem Pengurusan Kualiti ini adalah untuk:-

  1. Menerangkan maklumat am mengenai organisasi PULAPEN
  2. Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan di PULAPEN
  3. Menggariskan dasar dan prinsip-prinsip asas bagi aktiviti yang dilaksanakan dalam Pengurusan Latihan Asas untuk pegawai penjara lantukan baru di PULAPEN
  4. Menjelaskan mengenai pengecualian aplikasi (Exclusion) dalam memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015.

 

KANDUNGAN PANDUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Panduan ini mengandungi sepuluh (10) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut:


Bahagian 1    : Skop
Bahagian 2    : Terma dan Definisi
Bahagian 3    : Maklumat Organisasi
Bahagian 4    : Konteks Organisasi
Bahagian 5    : Kepimpinan 
Bahagian 6    : Perancangan
Bahagian 7    : Sokongan
Bahagian 8    : Operasi
Bahagian 9    : Penilaian Prestasi
Bahagian 10  : Penambahbaikan

 

Keperluan Dan Dokumentasi

PULAPEN mewujudkan dan menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan kepada empat (4) peringkat dokumen iaitu:

i.   Manual Kualiti

Dokumen yang mengandungi dasar dan objektif organisasi, penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti termasuk bagaimana seksyen-seksyen dalam standard MS ISO 9001:2015 dipatuhi.

ii.  Prosedur Kualiti

Dokumen yang menggariskan tujuan dan turutan langkah dalam proses kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti dengan terperinci dari aspek bagaimana dan mengapa ia dilaksanakan, bila, di mana dan siapa yang melaksanakannya.

iii. Arahan Kerja

Dokumen yang memperincikan langkah-langkah yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti.

iv. Dokumen Sokongan

Dokumen yang menjadi rujukan / panduan serta perlu dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah didokumenkan dalam dokumen kualiti.

 

RAJAH : HIERARKI DOKUMEN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001: 2015 

  

 

 

 

 

Mobile QR

  • Written by Admin

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia versi mudah alih menerusi telefon bimbit atau Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Jabatan. Anda hanya perlu :

  • Memuat turun dan lakukan installasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon anda.
  • Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah.

 

New layer...

Page 3 of 3

Alamat Kami

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, 
Jalan Muzafar Shah, 34000,
Taiping, Perak 
Tel: 05 8050020, 05 8082182
Fax : 05 8064909
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Carian