PORTAL RASMI

PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA MALAYSIA

Taiping - Pada 9 Mac 2012 seramai 74 orang peserta kursus telah melapor diri di PULAPEN Perak yang terdiri dari 36 peserta kursus Rondaan dan Pemeriksaan Berkualiti Siri 1/2012 dan 38 peserta Kursus Pengurusan Blok Penghuni. Kursus yang dijalankan bermula 6 Mac 2012 berakhir pada 9 Mac 2012.

Sepanjang 4 hari kursus ini dijalankan, peserta turut di beri pendedahan secara praktikal di Penjara Taiping dan taklimat telah di sampaikan oleh IP Mohd Zaimie Cheani, sebelum mereka di bawa masuk ke kawasan blok penghuni. Objektif kursus ini di adakan adalah bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang cekap dan mahir dalam melaksanakan tugas rondaan dan pemeriksaan berkualiti serta pendedahan mengenai konsep rondaan dan pemeriksaan berkualiti.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil telah di adakan di Auditorium Ilmu PULAPEN Perak dan telah di sempurnakan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak.

 

PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

PAPARAN TERBAIK DENGAN PALAYAR WEB INTERNET EXPLORER 7.0 KEATAS DENGAN RESOLUSI 1024 * 786