ISTERI - Bermakna isteri kepada pegawai-pegawai penjara.

ANGGOTA WANITA - Bermakna semua pegawai-pegawai dan kakitangan wanita yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia.

ANAK - Bermakna anak gadis kepada pegawai-pegawai penjara dan kakitangan awam wanita yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia berumur lebih dari 15 tahun yang masih di dalam tanggungan ibubapa.

LENCANA PENJARA - Melambangkan persatuan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Penjara.

JARUM & BENANG - Melambangkan kegiatan dan aktiviti yang dijalankan di dalam persatuan.

BUKU - Melambangkan ilmu pengetahuan yang dapat ditimba melalui persatuan ini di samping menggalak-kan ahli-ahli menambah-kan pengetahuan dengan menghadirkan diri di kelas-kelasĀ  bimbingan/ masakan / jahitan yang disediakan

BERJABAT - Melambangkan hubungan silatulrahim yang dapat dieratkan melalui pertemu- an di kelas-kelas masakan dan sewaktu menghadiri ceramah-ceramah.

BENTUK 4 SEGI - Merangkumi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PERSIAP.

WARNA

HijauĀ  Tua - Melambangkan warna penjara

Ungu/Emas - Warna PUSPANITA dan ini menunjukkan bahawa PERSIAP merupakan gabungan dari Persatuan PUSPANITA