• Merapatkan perhubungan muhibbah dan silatulrahim serta menyatupadukan isteri-isteri dan pegawai-pegawai wanita disemua peringkat.
  • Menggalakkan perkembangan, pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli persatuan menerusi ceramah-ceramah.
  • Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam kerja-kerja amal bagi faedah ahli dan keluarga mereka.
  • Mengadakan aktiviti untuk ahli persatuan.
  • Mengadakan hubungan erat dengan lain-lain persatuan wanita yang berdaftar di negara ini untuk menambahkan pengetahuan yang mendatangkan faedah kepada persatuan.
  • Mengadakan lawatan-lawatan dua hala dengan lain-lain persatuan wanita yang berdaftar, juga diantara institusi penjara di Malaysia untuk bertukar-bertukar pandangan khusus mengenai rancangan yang berkaitan dengan kaum wanita.
  • Mengadakan lain-lain kegiatan yang sesuai dengan kehendak persatuan untuk kepentingan ahli dan keluarga.