spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 195284

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama arrow Program/Aktiviti Utama
Program/Aktiviti Utama

Pada setiap tahun, Majlis Sukan Penjara Malaysia telah mengambil bahagian di dalam aktiviti ke arah mencapai matlamat penubuhannya.  Aktiviti yang dijalankan ini boleh dibahagikan kepada 2 program utama iaitu:

a. Program Sukan

b. Program Kebajikan, Sosial dan Rekreasi

  • Badminton berpasukan
  • Bola Jaring
  • Bola Tampar
  • Bowling Padang (L dan W)
  • Bowling (10 pin) (L dan W)
  • Catur berpasukan
  • Dart berpasukan
  • Futsal
  • Golf berpasukan
  • Karom berpasukan
  • Olahraga
  • Ping-pong berpasukan
  • Ragbi 
  • Sepak Takraw 
  • Tenis berpasukan 
  • Program Kebajikan, Sosial dan Rekreasi
  • Hari Kebajikan
  • Derma Darah
  • Golf Persyarikatan Malaysia
  • Program Perkhemahan dan Motivasi Remaja
  • Bola Sepak Veteran
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Permainan tradisional
  • Congkak berpasukan
  • Batu Seremban
  • Dam berpasukan
  • Menyumpit berpasukan
  • Wau cipta dan Wau naik
  • Sepak Raga Ratus
  • Tarian Rakyat
  • Nyanyian Lagu Asli/Langgam
  • Mendaki Gunung/Kembara Berbasikal/Bermotor
  • Projek Gotong Royong
  • Pesta Hari Keluarga
  • Pertandingan Memancing

Majlis Sukan Penjara Malaysia turut memberi peluang kepada Kelab-kelab Sukan Jabatan Penjara Malaysia mengelolakan secara berasingan aktivit-aktiviti sukan ini secara bergilir-gilir melalui Kejohanan Penjara Malaysia.  Pendekatan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada kelab-kelab tersebut terutama dari segi aspek penganjuran aktiviti sukan di peringkat kebangsaan.  Rekod pencapaian penganjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia di peringkat MAKSAK Malaysia adalah cemerlang di mana telah tiga kali berturut-turut memenangi anugerah penganjuran terbaik keseluruhan MAKSAK Malaysia iaitu pada tahun 1998 (Olahraga MAKSAK Malaysia di Pahang), tahun 2000 (Kejohanan Ping-pong Berpasukan MAKSAK Malaysia di Pahang) dan tahun 2001 (Kejohanan Sukan Tradisional, Tarian Rakyat dan Nyanyian Lagu Asli MAKSAK Malaysia 2001 di Melaka).  Walau pun aktiviti-aktiviti tersebut dikelolakan oleh kelab-kelab sukan, Majlis Sukan Penjara Malaysia masih bertanggungjawab membantu kelab-kelab sukan institusi penjara bagi memastikan program/aktiviti yang berkenaan berjalan dengan lancar dan teratur.  Bantuan yang diberikan adalah dari segi:

  • Nasihat dan teknikal
  • Subsidi kewangan
  • Penyediaan hadiah-hadiah
  • Bantuan peralatan sukan

Bagi memberi pengiktirafan dan galakan kepada kakitangan yang aktif penglibatan di bidang sukan serta mencapai prestasi cemerlang di dalam kejohanan yang disertai mulai tahun 2002 ini, Majlis Sukan Penjara Malaysia telah merancang untuk mengadakan Anugerah Tokoh Sukan Jabatan Penjara Malaysia.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB