spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 190477

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Ali Bakar
Ali BakarNama    : TPP ALI B. BAKAR
Sukan   :  Bolasepak
Institusi Terakhir  : DDM, Air Keroh, Melaka.
 Ali Bakar dilahirkan di Pulau Pinang pada 18 November 1947. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Beliau adalah abang kepada Isa Bakar, seorang lagi pemain bolasepak yang tidak asing kepada peminat bolasepak tempatan. Memulakan kerjayanya  dengan Jabatan Penjara Malaysia pada 15 Julai 1968 iaitu di Penjara Pulau Pinang, Penjara Taiping dan Penjara Marang pada tahun 1987. Ali mewakili negara dalam piala merdeka tahun 1970 dan merupakan penjaring kedua terbanyak (6 gol) dibelakang Kamamoto, Jepun (7 gol). Pemain skuad bolasepak negara ke Sukan SEA, Kuala Lumpur (1971) dan Bangkok (1975) dengan memperolehi pingat perak. Menyertai Sukan ASIA tahun 1970 dan pada tahun 1974 di Tehran dengan memenangi pingat gangsa pertama setelah menewaskan Korea Utara (2-1). Pada Tahun 1972 menyertai Sukan Olimpik di Munich dan merupakan pemain bolasepak negara yang mencapai 80 caps. Semasa usia 47 tahun, beliau masih lagi bergiat aktif dengan melatih Pasukan Penjara Marang. Beliau bermain untuk Pasukan Penjara Malaysia dari tahun 1980 hingga 1984. Semangat dan cintanya kepada dunia sukan bolasepak amat tinggi, walaupun berusia separuh abad beliau masih lagi bergiat aktif sehingglah beliau menghembus nafasnya yang terakhir  diatas padang ketika pasukan veteran negara menentang pasukan veteran Singapura di Stadium Nasional, Singapura. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.  Al Fatihah.        
 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB