spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 199229

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Peter Govind
PETER GOVINDNama : PETER GOVIND
Sukan : OLAHRAGA
Institusi Terakhir : SHG, KENINGAU, SABAH.
 

Lahir pada 6 Mei 1947 dan berketurunan Kadazan. Mula berkecimpung dalam olagraga sejak di bangku sekolah dan mewakili Sabah di Sukan Borneo semenjak berumur 17 tahun hingga tahuin 1969. Beliau adalah ahli sukan Jabatan Penjara yang dedikasi dan mula berkhidmat pada 14 Februari 1967. Mula mewakili Jabatan Penjara dalam acara 800m di Kejohanan MAKSAK sehingga tahun 1980. Mewakili negara di Sukan Jemputan Asia di Singapura tahun 1969 dan 1971 dengan memenangi pingat emas. Beliau juga memperolehi emas di Sukan Jemputan Hong Kong 1984. Di Peringkat Sukan SEAP beliau mendapat gangsa dalam tahun 1971. Selepas 1987 beliau aktif dalam ‘Veteran Games’. Beliau terus bergiat dalam kategori veteran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau mengambil bahagian di peringkat Asia dan Dunia seperti Melbourne 1987, Taiwan 1988, Oregon USA 1989 dan Miyazaki, Jepun 1993. Beliau mendapat pingat perak di Taiwan dan memecah rekod Asia di Singapura dalam tahun 1992. Beliau telah dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu (1980), Pingat Cemerlang (1981), Pingat Perkhidmata Setia (1988), Pingat Gangsa Jublee Perak (1992) dan Pingat Ahli Darjah Kinabalu (1993). Jawatan terakhir beliau adalah Timbalan Penguasa Penjara.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB