spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 190480

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama arrow Carian
Hamzah Husin
HAMZAH HUSINNama : HAMZAH HUSIN
Sukan : BOLASEPAK
Institusi Terakhir : PENJARA KAJANG, SELANGOR
 

Hamzah Husin dilahirkan pada 8 Ogos 1948 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah pemain midfield yang berkaliber di tahun 70an. Kariernya di bidang bolasepak bermula apabila terpilih mewakili Sekolah-sekolah Kelantan pada tahun 1966 untuk merebut Piala Burnley. Dalam pasukan negara beliau diberi tugas berat iaitu menjaga barisan penyerang lawan seperti Sijiepto Sontoro, Kamamoto, Kim Jae Han dan Cha Buen Kuen. Beliau selalunya berganding dengan Wong Choon Wah yang lebeih berperanan ke arah merancang strateji serangan. Beliau mewakili negara di peringkat antarabangsa dengan menyertai Pertandingan Pesta Bola Merdeka, Ulang tahun Vietnam di Singapura, di Indonesia, di Thailand, di Korea dan Sukan Olimpik 1972. Kali terakhir beliau menyarung jersey kebangsaan adalah pada tahun 1974. Beliau juga pernah menjadi jurulatih Piala Razak bagi Wilayah Persekutuan untuk bebarapa tahun bermula dari tahun 1981. Sebelum itu beliau pernah bermain untuk skuad Piala Malaysia Pahang selama 4 yahun, Selangor setahun dan seterusnya bersara dan menunpukan perhatian kepada Kelab Penjara. Beliau bersara dari Jabatan Penjara pada tahun 2004 dengan pangkat Timbalan Penguasa Penjara.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB