spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 195494

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Ibrahim Abu Bakar
IBRAHIM ABU BAKARNama : IBRAHIM ABU BAKAR
Sukan : Sepak Takraw
Institusi Terakhir : SHG. Telok Mas
 

Ibrahim Abu Bakar dilahirkan di Masjid Tanah,Melaka pada 12 Julai 1957. Mendapat pendidikan di Sekolah Ghafar Baba sehingga tamat Tingkatan lima. Beliau mula bergiat aktif dalam sukan sepak takraw ketika di bangku sekolah dan mewakili Melaka sejak tahun 1976 ketika berumur 18 tahun. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata,seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Oleh kerana minat dan dorongan keluarga, beliau berjaya mewakili Malaysia di Kejohanan Piala Raja Thai dan kejohanan Mas-Utusan pada tahun 1984 dan 1985 dengan menduduki tempat ketiga. Beliau yang terkenal dengan libasan ‘handstand’ pernah diserapkan dalam skuad sukan SEA 1989 tetapi digugurkan kerana mengalami kecederaan.Kehebatan libasannya menyebabkan beliau telah terpilih sebagai Pemain Terbaik Kebangsaan di Kejohanan Sepak takraw Sedunia Mas-Utusan –RTM, 1988. Sebagai pemain apit kiri, beliau masih terus mewakili Melaka selagi tenaganya masih diperlukan.Sekarang bertugas sebagai Pegawai Penjara Tingkatan 1 di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka dan masih lagi mewakili Melaka.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB