spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 190479

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Jalil Che Din
JALIL CHE DINNama : Jalil Che Din (Allahyarham)
Sukan : Bola Sepak
Institusi Terakhir : Penjara Taiping
 

Beliau merupakan salah seorang yang telah mencapai kejayaan sebagai pemain dan jurulatih. Jalil pernah bermain untuk Malaya di dalam pertandingan Piala Merdeka pada tahun 1958 dan 1959 dan muncul sebagai pemaian tengah (centre half) yang cekap dan boleh dipertanggungjawabkan. Kecederaan telah memendekkan penglibatannya di dalam pasukan kebangsaan.beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan pada tahun 1970. Kemuncak kariernya sebagai jurulatih ialah apabila Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972.Malaysia telah menewaskan pasukan ‘favourite’, Korea Selatan 1-0 dan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik 1968, Jepun dengan jaringan 3-0. Beliau sangat dihormati oleh pemain-pemainnya dan mengasaskan latihannya di atas kesempurnaan, usaha seratus peratus, semangat dan disiplin.Semasa hayatnya, beliau bertugas sebagai Penguasa Penjara di Penjara Taiping. Beliau telah dianugerahkan pingat AMN oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Yang Di Hormati Toh Muda oleh Gabenor Pulau Pinang sebelum beliau meninggal dunia.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB