spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 190482

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Namat Abdullah
Namat AbdullahNama : Namat Abdullah
Sukan : Bola Sepak
Institusi Terakhir : Penjara Sungai Petani
 

Namat Abdullah dilahirkan pada 30 Mac 1946 di Pulau Pinang dan kini bertugas sebagai Pegawai Penjara di Pusat Latihan Pegawai Penjara,Asam Kumbang, Taiping sejak 1965. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak,dua lelaki dan lima orang perempuan.beliau adalah abang kepada Shahruddin Abdullah.Namat mula mewakili negara pada tahun 1968 dan membantu Pulau Pinang menjuarai Piala Malaysia 1974 dengan mengalahkan Perak (2-1). Beliau merupakan pemain pertahanan yang begitu berbakat ketika itu.Ketokohan Namat yang sentiasa tenang dan bermain dengan penuh konfiden menyebabkan beliau disanjungi oleh peminat bola sepak di rantau ini.Di peringkat antarabangsa,kejayaan beliau meliputi Sukan Sea 1971 sebagai naib juara dan tempat ketiga pada tahun 1973. Dalam Sukan Asia, 1970 dan 1974 mendapat tempat ketiga.Pertama kali menyertai Sukan Olimpik, Munich pada 1972 dengan menewaskan Amerika Syarikat (3-0), tewas kepada Jerman Barat (3-0) dan Morocco (0-6), di pusingan awal. Jakarta Anniversary Taurnament, 1975 merupakan kali terakhir beliau mewakili negara dan mencapai 115 ‘caps’ antarabangsa. Sebagai penghargaan Namat telah dikurniakan Pingat Ahli Mangku Negara dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK).

 

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB