spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 199254

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Salleh Ibrahim
Salleh IbrahimNama : Salleh Ibrahim
Sukan : Bola Sepak
Institusi Terakhir : Penjara Pengkalan Chepa
 

Salleh Ibrahim berasal dari Ketereh, Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1947. Mulanya beliau berminat dalam olahraga (lompat tinggi) dan hoki. Minatnya terhadap bola sepak bermula sejak berumur 15 tahun apabila pada tahun 1963 beliau dipilih menyertai pasukan Kelantan di Pertandingan Piala Emas Raja-raja. Pada tahun 1965, beliau meninggalkan Kelantan untuk berkhidmat dalam Tentera British di Singapura. Kariernya berkembang dengan skuad Singapura apabila bermain bersama pemain terkemuka seperti Majid Arief, Mahat Ambu, Rahim Omar dan lain-lain. Pada tahun 1970, perkhidmatan beliau dengan Tentera British tamat dan beliau terpilih mewakili negara ke Pertandingan Jemputan Vietnam yang merupakan penyertaan beliau yang pertama untuk negara. Seterusnya beliau mewakili Kelantan dalam Piala Malaysia dan berhijrah ke Perak sebagai Pegawai Penjara pada tahun 1973. Beliau telah digandingkan dengan Syed Ahmad dan gandingan mantap ini pernah wujud di pertandingan Pra-Olimpik 1971. Salleh telah mewakili Perak sehingga tahun 1976. semasa mewakili negara, beliau mengambil bahagian dalam Sukan SEAP, Sukan Asia, Piala Presiden Korea Selatan, Piala Raja Thai dan Pestabola Merdeka. Salleh bersara dari arena bola sepak pada tahun 1978.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB