spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 190481

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Sharuddin Abdullah
Sharuddin Abdullah

Nama : Sharuddin Abdullah
Sukan : Bola Sepak
Institusi Terakhir : Penjara Alor Star

 

Shaharuddin Abdullah dilahirkan pada tahun 1949. beliau mula terkenal setelah menunjukkan permainan cemerlang di dalam Pestabola Merdeka 1967. Beliau sekali lagi mewakili negara pada tahun 1968 dan telah menjaringkan satu gol dalam perlawanan akhir menentang Burma. Selepas itu beliau mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Shaharuddin juga membantu pasukan Malaysia menjadi johan dalam Pestabola Merdeka tahun 1973 dan 1974. Permainan beliau seakan-akan pemain terkemuka Gerd Mueller dari Jerman Barat. Beliau rajin mengejar bola dan tendangan kedua-dua belah kakinya sangat merbahaya apabila berdekatan dengan pintu gol lawan.Shaharuddin adalah pemain ‘Sharp shooter’ dan boleh menjaringkan gol dengan dengan tendangan ‘first timer’ dan ‘flying heading’ dan merupakan pakar ‘goal-poaching’ pada masa itu. Beliau adalah pemain yang disayangi dan sering diberi gelaran “anak Dato Harun” dan “anak Dato Murad”. Sharuddin kini bertugas di Fujisu Component Malaysia (FMC) Sdn. Bhd. di Batu Pahat sebagai Ketua Keselamatan. Beliau juga bertindak sebagai jurulatih pasukan bola sepak majikannya.

 

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB