spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 197021

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Subramaniam A/L Ramasamy
Subramaniam A/L Ramasamy

Nama : Subramaniam A/L Ramasamy
Sukan : Olahraga
Institusi Terakhir : Penjara Kajang

 

R.Subramaniam dilahirkan pada 24 Oktober 1939 dan berasal dari Selangor. Mendapat pendidikan di Sekolah Kishan Dial hingga tamat Tingkatan Lima. Beliau mula aktif dalam bidang olahraga pada usia 19 tahun (1958). Beliau bersara dari Jabatan Penjara sebagai Timbalan Pengarah Penjara, Kajang dan kini bertugas Ketua Pegawai, di Metro Inn, Kajang. Beliau merupakan pelari jarak sederhana di rantau Asia dengan catatan 1:48.00 (acara 800m). Pemegang rekod 5,000m selama 12 tahun sejak 1967.Beliau telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K). Antara penyertaan dan pencapaian beliau ialah pingat perak dalam Sukan SEAP 1961, 1965 (Kuala Lumpur) pingat emas 800m dan 1500m, 1967 memperolehi 3 pingat dalam acara 800m, 1500m dan 5000m, 1969 pingat perak 800m dan 1500m, 1971 memenangi pingat emas 800m dan 4x400m, 1966 mendapat pingat perak dalam acara 800m dan 1500m di Sukan Asia (Bangkok). Setelah bersara di arena olahraga, beliau bergiat sebagai jurulatih (Sijil Kejurulatihan IAAF) dengan melatih atlit kebangsaan ke Sukan SEA 1975 dan 1977. Sekarang beliau adalah Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Kajang sejak tahun 1990..

 

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB