spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 195495

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Syed Ahmad Bin Syed Abu Bakar
Syed Ahmad Bin Syed Abu Bakar

Nama : Syed Ahmad Bin Syed Abu Bakar
Sukan : Bola Sepak
Institusi Terakhir : Penjara Johor Bahru

 

Syed Ahmad dilahirkan pada tahun 1946. Beliau adalah pemain penyerang yang berwibawa dan telah menyertai pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Beliau dan pasukan negara telah memberikan persembahan terbaik mereka sepanjang pertandingan Pra Olimpik 1971 di Seoul, Korea Selatan. Syed Ahmad di anggap pencipta kejayaan negara kerana telah menyumbangkan 6 dari 12 gol dalam pertandingan tersebut. Beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang dari 11 pemain terbaik sepanjang pertandingan itu bersama 2 lagi pemain negara iaitu M. Chandran dan Wong Kam Fook. Pada tahun 1972 pasukan negara telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, tetapi sesuatu yang tidak diduga berlaku bilamana Syed Ahmad tidak disenaraikan di dalam pasukan Malaysia. Beliau hampir berputus asa akibat dan kontroversi tersebut, namun dengan pujukan Tuanku Abdul Rahman dan Tan Sri Murad beliau telah menyarung semula jersi negara di Pestabola Merdeka 1974 di mana Malaysia muncul juara dalam dalam Sukan Asia di Tehran di mana Malaysia memenangi pingat gangsa. Kali terakhir Syed Ahmad menyertai pasukan negara ialah pada tahun 1974. Beliau memulakan kariernya sebagai Wader Penjara dalam Jabatan Penjara dan pangkat terakhir beliau ialah Sub-Inspektor Penjara di Penjara Johor Bahru.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB