spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 201075

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Wan Zawawi Wan Yusof
Wan Zawawi Wan Yusof

Nama : Wan Zawawi Wan Yusof
Sukan : Bola Sepak
Institusi Terakhir : Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

 

Wan Zawawi dilahirkan 11 April 1949 di Kg. Penambang, Kota Bharu Kelantan. Mula aktif di dalam bola sepak sejak usia 17 tahun (1966) dengan menyertai Piala Burnley. Beliau mula bertugas di Jabatan Penjara pada 9hb. Februari 1970. Beliau merupakan seorang pemain yang berkaliber dan mempunyai gaya tersendiri walaupun berbadan kecil . Beliau adalah salah seorang tonggak kekuatan negara ketika membantu Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pemain ‘midfield’ ini mewakili negara sejak dari tahun 1969 hingga 1977. Dalam jangkamasa tersebut beliau telah ke Sukan SEAP 1971, 1975 dan 1973, Sukan Asia Bangkok dan Pestabola Merdeka 1970-1976. Wan Zawawi juga membantu negara memenangi pingat gangsa di Sukan Asia pada tahun 1974 di Teheran dengan menewaskan Korea Utara. Setelah bersara dari mewakili negara beliau terus mewakili Pahang dan empat kali berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia sebelum beliau bersara sepenuhnya pada tahun 1981. Pangkat terakhir beliau ialah sebagai Penolong Penguasa Penjara di Pengkalan Chepa. Beliau pernah di kurniakan pingat PJK dari negeri Pahang 1979 dan PB dari negeri Kelantan pada tahun 1988.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB