spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 195490

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama
Yeo Hap Ee, William
Yeo Hap Ee, Williamr

Nama : Yeo Hap Ee, William
Sukan : Lontar Peluru / Angkat Berat
Institusi Terakhir : Penjara Kuching

 

Yeo Hao Ee berasal dari Balingan, Daerah Mukah, Sarawak. Dilahirkan pada 29 Ogos, 1939. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Mula melibatkan diri dalam acara lontar peluru dan angkat berat pada tahun 1966 iaitu selepas setahun berkhidmat dalam Jabatan Penjara Malaysia. William Yeo mula mewakili negara dalam acara angkat berat di Sukan SEA, 1971 dan memenangi pingat perak. Pada tahun 1977 beliau berjaya menggondol pingat emas di Sukan SEA, Kuala Lumpur. Setahun kemudian beliau berjaya memperolehi pingat emas dalam Kejohanan Sukan Penjara Negara-Negara Asean di Manila dan Pingat gangsa dalam Sukan SEA, 1979 di Bangkok. Beliau juga merupakan pemegang rekod kebangsaan dari tahun 1972 hingga 1979. Mendapat pingat gangsa di Sukan SEA 1981. Kemuncak pencapaian beliau ialah memenangi pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Masters Afro Asia Ocenia di Perth, Australia pada bulan April 1993. Olahragawan Negeri Sarawak tahun 1972 dan 1978 ini pernah menjadi jurulatih kontijen angkat berat Malaysia ke Sukan SEA 1989 dan 1993. Sumbangan beliau mendapat pengiktirafan apabila dikurniakan Pingat Bentara Bintang Sarawak (BBS) pada tahun 1979 dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) pada tahun 1994 oleh Kerajaan Negeri Sarawak. William Yeo bersara dari perkhidmatan Penjara pada 9 Ogos 1994 sebagai Penolong Penguasa Penjara.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB