Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 7 Februari 2010 bertempat di Dewan Tertutup Kompleks Sukan, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah Darul Aman. Sebanyak 16 kontinjen telah menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada Institusi - institusi Penjara seluruh Malaysia yang telah ditetapkan mengikut zon oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia. Selain dari itu penganjuran kejohanan ini juga menjadi asas pemilihan pemain yang akan mewakili Majlis Sukan Penjara Malaysia ke Kejohanan MAKSAK Malaysia yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2010 kelolaan MAKSAK Pahang. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang telah berjaya dipilih dan semoga gigih berusaha untuk meraih kejayaan pada kejohanan kali ini.:- Pengurus pasukan : KIP Hasniyah Hj.Walad Jurulatih : IP Nor Hizan Mohd Noor Pemain-pemain : Zilawati Abd Jalil - Penjara S.Perai Nordiana Shaari - Penjara Sungai Buloh Shahanim M.Khazani - Ibu Pejabat Penjara Malaysia Siti Fazilah Redzuan - Penjara Tapah Yusmala Yusof - Penjara Sg. Petani Suzana Md Sirat - Penjara Sg. Buloh Norhasni Ramli - Penjara S.Perai Zubaidah Samsudin - Penjara Pokok Sena Mazuin Bashah - Parol Selangor Zura Omar - Penjara Sg. Petani Maryani Mansor - Penjara Pokok Sena Fauziahana Muidin - Penjara Kluang Emma Marliza Abd Rahman - Penjara Wanita Kajang Nurul Hidayah Abdullah - Penjara Wanita Kajang Norhafizah Hj. Yusof - Penjara Seremban. Majlis Penutupan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Y.S Tuan Hj Darussalam Bin Hj Budin, Pengarah Bahagian Pemulihan Dan Rawatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir bersama Pengarah-pengarah institusi, wakil dari Universiti Utara Malaysia dan wakil dari Majlis Sukan Negeri Kedah. Kejohanan tersebut berakhir dengan Pasukan Selangor 'A' (Penjara Wanita Kajang) telah dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan Pasukan Kedah 'B' (Alor Setar, Sg. Petani) dengan tempat Ketiga bersama pasukan Pasukan Perak 'A' dan Pasukan Pulau Pinang.
|