spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 195272

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama arrow ARKIB SUKAN 2010 arrow Kejohanan Olahraga & Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia 2010
Kejohanan Olahraga & Tarik Tali Jabatan Penjara Malaysia 2010

Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Jabatan penjara Malaysia telah diadakan pada 17 hingga 19 Disember 2010 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia Serdang.Upacara perasmian Kejohanan telah dirasmikan oleh Yang Setia TKPj Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh.Turut sama pada perasmian ialah Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia, PP Abdul Rahman Taib.

Kejohanan pada kali ini telah menyaksikan sebanyak 21 kontinjen bertanding dalam 34 acara yang dipertandingkan dan melibatkan seramai lebih kurang 500 peserta.

Majlis perasmian penutup telah dihadiri dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Lee Chee Leong.Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj Zulkifli b Hj Omar, Exco-Exco Majlis Sukan Penjara, Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Institusi dan juga wakil-wakil Jabatan dalam Kementerian Dalam Negeri.

Kejohanan pada kali ini menyaksiakn Kontinjen Sabah menjuarai kejohanan dengan pungutan pingat emas sebanyak 10 pingat, 4 perak dan 6 gangsa.

 

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB