spacer.png, 0 kB

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 195292

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama arrow Laporan Sukan 2012 arrow Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-19
Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-19
-

Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia telah berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober 2012 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan dan dikelolakan oleh Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Sebanyak 14 kontinjen telah mengambil bahagian dengan penyertan seramai 180 orang. Majlis perasmian pembukaan kejohanan telah dilakukan oleh PKP Husin bin Hj. Johari,Pengarah Penjara Pengkalan Chepa pada 12 Oktober 2012 . Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 14 Oktober 2012  bertempat di Hotel Crystal Lodge Kota Bharu. Dalam majlis yang sama selain mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan, YBhg.Datuk Wira berharap agar penganjuran kejohanan ini dapat meningkatkan mutu sukan bola jaring disamping mencungkil bakat - bakat baru untuk mewakili jabatan ke peringkat yang lebih tinggi. YBhg.Datuk seterusnya mengumumkan bahawa kejohanan kali ke-20 akan diadakan di Negeri Sabah Di Bawah Bayu.


Kejohanan tersebut berakhir dengan keputusan kemenangan seperti berikut :-


i. Johan - Pasukan Kedah A
ii. Naib Johan - Pasukan Kelantan A
iii. Tempat Ketiga Bersama - Pasukan Pulau Pinang & Selangor C
iv. Penjaring Terbanyak - Yusmala bt Yusof - Kedah A dengan 110 jaringan.
v. Pemain Terbaik - Zura bt Omar - Kedah A
vi. Pemain Paling Senior - Sabariah bt Md. Amin - Johor A

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB