spacer.png, 0 kB
Kami ada 1 tetamu bersama anda

Buletin Sukan

Pelawat

Pengunjung: 201041

spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
Laman Utama arrow Laporan Sukan 2012 arrow Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2012
Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2012
-

Kuala Terengganu,  12 Februari 2012; Kejohanan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2012 kelolaan Penjara Marang, Terengganu telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) dan Depot JKR Cendering yang disertai 19 pasukan. Kejohanan ini diadakan pada 10-12 Februari 2012.
Dalam kejohanan kali ini, buat pertama kalinya seramai 14 pengadil dari Jabatan Penjara Malaysia yang telah menghadiri kursus pengadil sepak takraw di PULAPEN, Terengganu terlibat sepanjang kejohanan disamping pengadil utama dari Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu.

Perlawanan akhir, menyaksikan Kelantan A (Penjara Pengkalan Chepa) merangkul gelaran Juara Acara Berpasukan dengan menumpaskan pasukan Selangor A (Penjara Kajang). Bagi Acara Regu Terbuka pula, pasukan Selangor A (Penjara Kajang) muncul Juara apabila menewaskan Pasukan Sabah yang juga merupakan Juara tahun lalu. Naib Johan acara berpasukan ialah Selangor A dan Ketiga bersama ialah Sabah dan Johor A. Bagi Acara Regu Terbuka pula Naib johan ialah Sabah1 dan Ketiga bersama Sabah 2 Negeri Sembilan.

Y. Bhg KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah merasmikan majilis penutupan tersebut yang diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Y. Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Man, Yang di Pertua PERSIAP Malaysia, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan isteri, Pengarah Penjara Marang dan isteri, Ketua Institusi Zon Timur serta semua kontijen yang mengambil bahagian.

 
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB
spacer.png, 0 kB