|
Selamat Datang ke Laman Web Tempahan Online Produk My Pride,
Jabatan Penjara Malaysia. Laman ini menyediakan kemudahan kepada pelanggan
untuk membuat tempahan hasil kerja tangan penghuni penjara di seluruh
Malaysia.
Dibawah jenama My Pride, Jabatan Penjara Malaysia kini
mengorak langkah dengan penghasilan pelbagai produk yang berkualiti dan
berdaya saing untuk dipasarkan secara meluas. Dengan visi untuk memberi
kepuasan kepada pelanggan, pelbagai latihan kemahiran dibekalkan kepada
penghuni supaya pengeluaran produk yang berkualiti mengikut piawaian dan
standard dapat dihasilkan.
Sehingga kini, Jabatan Penjara Malaysia telah mempunyai 4 buah Galeri
Produk Penjara iaitu Galeri Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Galeri Kota
Kinabalu, Galeri Alor Setar dan Galeri Ayer Keroh selain mempunyai bilik
pameran dan jualan di setiap institusi penjara. Sebarang pertanyaan lanjut,
sila hubungi:
Bahagian Vokasional & Industri
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira,
43000 Kajang,
Selangor.
No Tel : 03 – 8732 8000
No Faks : 03 – 8734 0545
|