Info Korporat
Facebook POA
Buletin

Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Penjara Kali Ke-73

 

Pada 16 Jun 2016, bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan POA bertujuan melantik barisan exco bagi sesi 2016-2018. Mesyuarat ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara dan seterusnya merasmikan pembukaan mesyuarat agung pada kali ini. Mesyuarat dihadiri oleh 79 perwakilan dari seluruh institusi penjara. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh TKP Tuan Haji Ahmad Faudzi bin Hj. Awang, Pengerusi POA sesi 2014-2016. Selain mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato' Sri, beliau juga memperingatkan kepada semua perwakilan agar sentiasa mendengar, membantu dan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh anggota di peringkat institusi masing-masing. Beliau juga memberi komitmen pihak persatuan akan turut bersama-sama dengan pihak pengurusan tertinggi dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan dan kepentingan anggota. 

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato' Sri menyatakan pihak pengurusan tertinggi jabatan akan sentiasa memberi sokongan kepada setiap cadangan dan permohonan yang dikemukakan oleh pihak persatuan demi memperkasakan kebajikan anggota. Ekspektasi pihak pengurusan tertinggi juga perlu dipenuhi oleh para perwakilan POA dalam memastikan anggota yang bertugas mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan. YBhg. Dato' Sri juga menyarankan akan pihak persatuan memainkan peranan dengan mengenalpasti mekanisme bagi menangani isu-isu yang melibatkan anggota seperti kes penyeludupan, salah laku, penyalahgunaan media sosial, kecuaian terutama melibatkan kes kelarian banduan dan sebagainya. Pengundian untuk pelantikan barisan kepimpinan POA bagi sesi 2016-2018 juga telah berjalan dengan lancar dan mesyuarat diakhiri dengan perbincangan usul-usul yang dibawa oleh Perwakilan POA daripada seluruh institusi penjara.

 

Bantuan Pelajaran Tan Sri Murad Ahmad
Pelawat
28948
TodayToday26
YesterdayYesterday22
This_WeekThis_Week91
This_MonthThis_Month535
All_DaysAll_Days28948
Akta Penjara Malaysia 1995