Info Korporat
Facebook POA
Buletin

Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Penjara Kali Ke-74

 

Pada 8 Julai 2018, bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan telah diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan POA bertujuan melantik barisan exco bagi sesi 2018-2020. Mesyuarat ini telah diraikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara dan seterusnya merasmikan pembukaan mesyuarat agung pada kali ini. Mesyuarat dihadiri oleh 79 perwakilan dari seluruh institusi penjara. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh TKP Ariffin bin Mohd Noor, Pengerusi POA sesi 2014-2016. Selain mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato' Sri, beliau juga memperingatkan kepada semua perwakilan agar sentiasa mendengar, membantu dan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh anggota di peringkat institusi masing-masing. Beliau juga memberi komitmen pihak persatuan akan turut bersama-sama dengan pihak pengurusan tertinggi dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan dan kepentingan anggota. 

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato' Sri menyatakan pihak pengurusan tertinggi jabatan akan sentiasa memberi sokongan kepada setiap cadangan dan permohonan yang dikemukakan oleh pihak persatuan demi memperkasakan kebajikan anggota, ia selari dengan kehendak jabatan dalam melaksanakan reformasi koreksional. YBhg. Dato' Sri juga menyarankan agar pihak persatuan memainkan peranan dengan mengenalpasti mekanisme bagi menangani isu-isu yang melibatkan anggota seperti kes penyeludupan, salah laku, penyalahgunaan media sosial, kecuaian terutama melibatkan kes kelarian banduan dan sebagainya. Pengundian untuk pelantikan barisan kepimpinan POA bagi sesi 2018-2020 juga telah berjalan dengan lancar dan mesyuarat diakhiri dengan perbincangan usul-usul yang dibawa oleh Perwakilan POA daripada seluruh institusi penjara.

 

 webagungmesy2020

Bantuan Pelajaran Tan Sri Murad Ahmad
Pelawat
29014
TodayToday23
YesterdayYesterday35
This_WeekThis_Week157
This_MonthThis_Month601
All_DaysAll_Days29014
Akta Penjara Malaysia 1995