Info Korporat
Facebook POA
Buletin

Perjumpaan Perwakilan (POA) Bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Parlimen Kapar

 

Satu pertemuan di antara perwakilan Persatuan Pegawai Penjara (POA) bersama dengan YB Nurul Izzah Bt Datuk Seri Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan YB Dato’ Abdullah Sani Bin Abdul Hamid, Ahli Parlimen Kapar telah diadakan di Parlimen Malaysia pada 30 Julai 2018. POA telah diwakili oleh TKP Ariffin Bin Mohd Noor merangkap Pengerusi POA bersama-sama dengan 3 EXCO POA yang lain iaitu PKK Zaidi Bin Hamid, PKK Hj Wan Ramzan Bin Wan Ahmad dan PKK Norwati Bt Mohd Isa.  

Dalam pertemuan ini, pihak persatuan amat berterima kasih kepada YB Dato’ Abdullah di atas isu gaji kakitangan Jabatan Penjara yang dibawa oleh beliau di Parlimen. Perkara ini bersesuaian dengan perjuangan persatuan dalam menjaga Kebajikan kakitangan Jabatan Penjara. YB Dato’ Abdullah yakin perkara ini akan dipandang serius oleh Kerajaan dalam memberi kemudahan-kemudahan untuk dinikmati oleh kakitangan Jabatan sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain. 

Turut mendapat perhatian YB Nurul Izzah dan YB Dato’ Abdullah ialah isu jangkitan penyakit berjangkit kepada kakitangan Jabatan. Kedua-dua Ahli Yang Berhormat berjanji untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Kerajaan bagi tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, persatuan juga menyalurkan permasalahan mengenai kekurangan kakitangan Jabatan dan bebanan pertambahan tugasan yang perlu dilaksanakan.

 

Selain itu, kedua-dua Ahli Yang Berhormat juga diketengahkan mengenai halatuju Jabatan Penjara iaitu 2/3 banduan menjalani hukuman di luar tembok bagi mengurangkan kesesakan di dalam penjara. Kedua-dua Ahli Yang Berhormat juga bersetuju untuk mengadakan workshop bagi melihat Jabatan Penjara secara menyeluruh baik dari segi kakitangan, banduan, kemudahan-kemudahan asas seperti perumahan kakitangan dan rutin operasi di penjara-penjara lama. 

 

 

 

Bantuan Pelajaran Tan Sri Murad Ahmad
Pelawat
28883
TodayToday5
YesterdayYesterday26
This_WeekThis_Week26
This_MonthThis_Month470
All_DaysAll_Days28883
Akta Penjara Malaysia 1995