Info Korporat
Facebook POA
Buletin

Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Menteri Kewangan

 

Persatuan Pegawai Penjara telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas YB Datuk Ir. Amirrudin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan di pejabat beliau pada 17 Ogos 2018 yang lepas. Pertemuan di Kementerian Kewangan, Putrajaya ini merupakan kesinambungan kepada perjuangan persatuan yang tidak pernah terhenti dalam memartabatkan kepentingan kebajikan untuk dinikmati oleh setiap kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Perwakilan POA diketuai sendiri TKP Ariffin Bin Mohd Noor, Pengerusi POA bersama-sama dengan 9 EXCO POA yang lain iaitu PKK Zaidi Bin Hamid, PKK Hj Wan Ramzan Bin Wan Ahmad, PKK Norwati Bt Mohd Isa, TPP Fauziah Bt Hussain, PPP Ismail Nasiruddin, SJN Zakaria Bin Saad, SJN Mohd Hasri Bin Hassan, SJN Rossifah Bt Nassif dan KPL Zainol Abidin Bin Chin. Kehadiran perwakilan POA ini dialu-alukan oleh YB Datuk Ir. Amirrudin Hamzah sebagai satu langkah proaktif di mana pihak Kerajaan sedia untuk mendengar pandangan dan pendapat persatuan demi kepentingan penjawat-penjawat awam di Malaysia.

Dalam pertemuan ini, pihak persatuan amat berterima kasih kepada YB Datuk Ir. Amirruddin Hamzah di atas kesudian beliau untuk mendengar pandangan dan berbincang mengenai permohonan persatuan. Antara permohonan yang dimohon oleh POA ialah:

1.         Permohonan Geran Persatuan

2.       Pemanjangan Bayaran BIK

3.       Pemanjangan Elaun Pemandu

4.       Insentif Jualan Produk Penjara

5.       Elaun Pakaian Pegawai Kanan

6.       Pembinaan Kuarters Kakitangan

7.       Penambahan Kenderaan

8.       Pembinaan Pejabat Pengarah Negeri

9.       Penambahan Perjawatan

10.     Penambahan Bangunan Penempatan Banduan

11.       Caruman Insuran Berkelompok Semua Anggota

YB Datuk Ir. Amirrudin Hamzah menyatakan permohonan POA ini akan diambil serius oleh Kerajaan untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya.  Selain daripada itu, persatuan juga menyalurkan permasalahan mengenai kekurangan kakitangan Jabatan dan bebanan pertambahan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan penjara dari masa ke semasa. Pengerusi POA juga menyuarakan hasrat Pengurusan Tertinggi Jabatan mengenai halatuju Jabatan Penjara iaitu 2/3 banduan menjalani hukuman di luar tembok bagi mengurangkan kesesakan di dalam penjara. Semoga hasrat dan tujuan murni persatuan dalam memartabatkan kebajikan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia ini di permudahkan dan mendapat rahmat oleh Allah SWT.  

 

 

 

 

Bantuan Pelajaran Tan Sri Murad Ahmad
Pelawat
28885
TodayToday7
YesterdayYesterday26
This_WeekThis_Week28
This_MonthThis_Month472
All_DaysAll_Days28885
Akta Penjara Malaysia 1995