Mesyuarat Exco POA Bersama Kesatuan Sekerja Jabatan Imigresen Malaysia dan AADK

 

Pada 16 Januari 2020 bertempat di Muzium Melaka, satu mesyuarat bersama – sama dengan persatuan-persatuan sekerja agensi  dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan .Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh PKK Zaidi bin Hamid selaku pengerusi sementara POA. Antara agensi yang turut serta ialah Presiden Kesatuan Sekerja Imigresen, Presiden Persatuan Kakitangan Agensi Dadah Kebangsaan dan Maritim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu kebajikan jabatan yang berkaitan dengan elaun dan insentif penjawat awam yang bertugas dalam pasukan berunifom serta pasukan yang menjalankan operasi keselamatan. Mesyuarat ini juga menyentuh isu-isu pembayaran elaun – elaun yang sudah tidak relevan buat masa ini. Semoga perbincangan ini memberi sinar baru pada seluruh anggota Di Jabatan Penjara Malaysia khususnya semua exco dalam memperjuangkan kebajikan untuk semua anggota.