Perbincangan berkaitan Pemurnian Pindaan Peraturan POA bersama Unit Perundangan KDN

 

Pada 15 Januari 2020, Unit Perundangan KDN, Putrajaya telah mengadakan pertemuan bersama Exco tertinggi POA. Ia adalah bertujuan untuk membincangkan semakan semula Peraturan Persatuan Pegawai Penjara 1956 (POA) yang pernah diadakan beberapa kali sebelum ini. Perbincangan ini adalah fasa terakhir untuk melihat kembali kesesuaian Peraturan  POA yang sedang diguna pakai kerana ia belum pernah di semak sejak ia mula berkuatkuasa. Perjumpaan ini di sertai oleh oleh pegerusi POA, PKK Zaidi bin Hamid, Exco POA  sesi 2018-2020 serta Peguam Kanan Persekutuan, Tuan Ismail dari Pejabat PUU KDN. Semoga peraturan baru ini dapat memantapkan lagi sistem pengurusan POA dan meningkatkan kualiti tahap perkhidmatan persatuan.